Friday, February 24, 2012

Pesanan dari Abah Faris

Hati sgt tersentuh dan bergenang air mata bila baca this entry of one of the bloggers...

"Pesanan dari saudara Shamrulismawi, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...


Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...


1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.....

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last time that he/she asks for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it.... Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu....."

Ya Allah...ampunkanlah dosaku terhadap anakku...bilamana aku tidak mampu atau alpa dalam melaksanakan tanggungjawabku terhadap amanah yg diutuskan kepadaku.........

Monday, December 19, 2011

Doa isteri kunci kejayaan suami

Bersempena dengan my ulangtahun perkahwinan yg keenam with my hubby pada 3 Disember 2011 yg lalu....i just want to share this doa yang sangat baik untuk diamalkan bersama....moga perkahwinan dan perkongsian hidup ini sentiasa dalam redha Ilahi dan dijauhi dari segala benci dan hasad dengki..insyaAllah ameen...

Doa isteri kunci kejayaan suami

Oleh Noriah Idris

DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.

Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.

“Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.

“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya.

Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.

“Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.

“Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.

Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.

“Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.

“Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri.

Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.

“Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.

“Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.

“Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.

Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.

Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.

“Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.

“Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,” katanya.



DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah..

Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu

Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu,

Ya Allah…

Ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Ya Rabbi Allamin…….


HR Tirmidzi : “Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do'a”.

Do’a adalah senjata, do’a adalah bukti begitu kecilnya kita sebagai hamba.

Tidak pantas kita menyombongkan diri karena hanya kepada Allah sajalah

kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Apalagi do’a seorang istri kepada suami, seperti kisah Nabi Ayub as.

Ia diuji dengan bencana yang menimpa fisiknya.

Tubuhnya tidak menyisakan satu lobang jarumpun yang sehat.

Tidak ada sesuatupun di dunia ini yang dapat menolongnya, selain istrinya yang

tetap memelihara cintanya karena Allah.

Istrinya selalu melayaninya dan selalu mendo’akan sang suami untuk kesembuhannya,

maka Allah mengabulkan do’anya, memperkenankan permohonannya.

Lalu Allah memerintahkan Nabi Ayub untuk bangkit dan menjejakkan kakinya ke tanah

dan Allah mengeluarkan mata air dari dalam tanah dan menyuruhnya mandi dengan air itu.

Lalu, Allah menghilangkan seluruh penyakit yang ada di tubuhnya.

Itulah buah dari do’a istri yang sholehah.

Do’a Perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat

daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab Baginda,

“Ibu lebih penyayang dari pada Bapa, dan do’a orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Kepergian suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad

oleh Allah SWT, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai istri melayani dan

mempersiapkan segala keperluannya, karena Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim :

“Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah,

maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad”.

Nah, para istri yang ingin setiap hari dapat pahala jihad layani suami anda dengan sebaik-baiknya,

ingatkan kalo waktunya syuro, liqo, dan kegiatan dakwah lainnya dan jangan lupa

antarkan kepergiannya dengan senyuman dan ucapkan do’a :

"Zawadakillahu Taqwa Wa Ghafara Dzanbaki Wa Yasara Laki Haitsu Ma Kunti"

artinya : Semoga Allah menambahkan ketaqwaan kepadamu, mengampuni dosamu dan melancarkan segala urusanmu dimana saja.

Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat...

Wednesday, November 23, 2011

Happy birthday my dearest Muhammad Raif Hakeem...

18 November 2011

Its my one and only son's birthday...Alhamdulillah...ku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana memberi kesihatan kepada anakanda ku..jauh lagi perjalanan hidupnya...moga diriku dan suamiku dikurniakan kesihatan dan kelapangan serta usia yang panjang untuk bersama menempuh liku-liku hidup yang makin mencabar buat mu anakandaku...

On your birthday...i wish you all the very best things in the world for you...moga hidup mu sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Esa...moga segala doamu dimakbulkan oleh Allah maka makin berseri lah keluarga kita insyaAllah....semoga menjadi anak yang soleh...cemerlang di dunia dan yang penting di akhirat yang kekal abadi...mama dan papa sayangkan Hakeem sgt2...we will always be by your side no matter what may comes during the journey of life insyaAllah...we love you so much Muhammad Raif Hakeem....Happy birthday sayang mama....